Laporan minggu 5 Keratan Batang

LAPORAN MINGGU 5

Keratan Batang

PEMBIAKAN TUMBUHAN
  •         Pembiakan seks
  •          Pembiakan aseks


PEMBIAKAN SEKS
  • ·        Melalui penyemaian biji benih

·        Kelebihan :
Ø Murah dan menghasilkan banyak pokok
Ø Menyediakan pokok penanti
Ø Menyediakan baka-baka baru
Ø Kadangkala terhasil hybrid yang lebih cergas berbanding pokok induk

·        Keburukan:
Ø Tidak menurunkan baka yang tulen
Ø Terdapat masa rehat (dormancy)
Ø Masa yang panjang untuk matang
Ø Bermusim

PEMBIAKAN ASEKS
·         Dikenali juga sebagai pembiakan vegatatif atau tampang kerana menggunakan bahagian-bahagian yang ada pada tumbuhan iaitu:
Ø  Daun
Ø  Akar
Ø  Keratan batang
Ø  Mata tunas
·        Kelebihan:
Ø Boleh mendapatkan pokok yang seragam
Ø Menyerupai induk yang dipanggil klon
Ø Cepat berbunga atau berbuah
Ø Boleh dibiak sepanjang tahun
Ø Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa

·        Keburukan:
Ø Pemindahan penyakit lebih mudah berlaku
Ø Tidak semua jenis tumbuhan boleh dibiak dengan cara ini

KAEDAH PEMBIAKAN ASEKS
  •         Secara semulajadi
  •        Secara buatan


SECARA SEMULAJADI
  • ·         Rayapan
  • ·         Belahan
  • ·         Umbisi
  • ·         Bebawang
  • ·         Rizom
  • ·         Tuber

SECARA BUATAN
  • ·        Keratan batang
  • ·        Tut
  • ·        Cantuman


CATATAN: Pada minggu ini,kami hanya membuat pembiakan aseks berdasarkan keratan batang. Oleh itu, laporan kami lebih terperinci mengenai keratan batang sahaja.


Keratan Batang


Senarai alatan dan bahan

  1. ·         Penggalak akar
  2. ·         Polibeg
  3. ·         Sudip tangan
  4. ·         Medium
  5. ·         Sekatur
  6. ·         Keratan batang


Langkah-langkah

1)      Masukkan medium ke dalam polibeg
2)      Potong daun-daun pada keratan batang


Rajah menunjukkan penggalak akar

3)      Celup pangkal keratan batang dalam penggalak akar
4)      Buat lubang pada medium di dalam polibeg
5)      Masukkan keratan batang kedalam lubang
6)      Tekan tanah di bahagian batang yang telah ditanam

Comments

Popular Posts