Laporan minggu 9 Pembiakan Tut atau Markot

PEMBIAKAN TUT
 Asalammulaikum pada para pembaca yang dahagakan ilmu.

 Jadi pada kali ini kami akan berkongsi ilmu pembiakan tanaman yang baru sahaja kami pelajari iaitu PEMBIAKAN TUT atau MARCOT. Pembiakan Tut merupakan satu proses untuk membiakkan pokok dengan cara membuang lapisan luar kulit dahan pokok. Tut juga merupakan salah satu daripada kaedah pembiakan tampang dimana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakkan.

  Pembiakan tut boleh dibahagikan kepada 2 jenis cara membiak.
1. Melalui udara - tut yang dibuat tidak berada di atas tanah
2. Melalui lentur - tut berada di atas tanah.

 Kelebihan TUT 
 1. ciri ciri pokok induk dapat diwarisi dengan baik
 2. tanaman baru cepat matang.

 Kelemehan TUT
 1. Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang
 2. perlu kemahiran membuat tut.
 3. tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk

 #Medium yang biasa digunakan adalah tanah dan cocopit. Jeffy pallet merupakan medium tanah yang dikeringkan, dimampatkan dan direndam supaya medium kembang.

 BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN 

 1.Medium tanah dan cocopit (medium tanah dan cocopit sebanyak nisbah 2:1)
 2.Plastik putih
 3.Pisau cantuman atau pisau lipat - untuk penandaan pada batang pokok
 4.Penggalak akar
 5.Tali rafia


 LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT TUT 





 1. sediakan media (tanah 2:1 Jiffy)

 

2. Buat kepalan sebesar telur ayam atau sebesar penumbuk 3 Pilih dahan yang sihat (1 cm atau lebih garis pusat),buatkan 2 lekaran keliling,kelaran pertama dibuat dibawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat kira-kira 3cm dibawah kelaran pertama


membuat kepalan daripada media yang telah disediakan


 

 4.  Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.kemudian sapukan        penggalak akar di bahagian kelaran atas.

melakukan kelaran 



meletakkan penggalak akar

 
 5.  ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah,kemudian lekatkan media yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi,pastikan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
 
meletakkan kepalan media tadi di bahagian tanah


 6. bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.
bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik



 7 .Selepas 2-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawahnya.
    kemudian buang plastik pembungkus dan tanam di dalam pasu.       


Tut yang telah siap selepas dibairkan beberapa bulan


 # pembiakan tut ini tidak boleh dilakukan pada semua jenis pokok,kebanyakkan pokok yang boleh dilakukan pembiakan cara tut ada pokok buah- buahan dan beberapa tanaman hiasan.Antara pokok yang boleh dilakukan Tut ada lah durian,pokok jambu,pulasan dan banyak lagi.

SEKIAN SAHAJA DARI KAMI
KHAI
AMIRUL
HAFIS

Comments

Popular Posts