Laporan Minggu 8 : Pembiakan Rizom,Umbisi, Bebawang, Stolan dan Rumpun

                 LAPORAN MINGGU 8


Pembiakan Rizom, Umbisi, Bebawang, Stolan dan Rumpun

 Pada minggu ini, kami mempelajari pembiakan aseks yang seterusnya iaitu pembiakan:
·         Rizom
·         Umbisi
·         Bebawang
·         Stolan atau batang rayap
·         Rumpun

A.     UMBISI


·         Umbisi ini merupakan batang yang menyimpan makanan didalam tanah
·         Contoh: Keledek,kentang,keladi dan sengkuang
·         Cara penanaman:
                                                        i.            Potong bahagian umbisi yang bertunas dimana sebiji umbisi boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dibiakkan menjadikan pokok yang baru
                                                      ii.            Letakkan terus diatas tanah atau medium dan tenggelamkan sedikit bahagian umbisi disamping mata tunas tetatp berada diatas

·     Semua kaedah yang digunakan dalam laporan minggu ini tidak memerlukan penggalak akar kerana penggalak akar hanya digunakan dalam kaedah pembiakan keratan batang dan daun.


B.      RIZOM


·      Rizom merupakan akar yang menyimpan makanan didalam tanah
·      Contoh: Kunyit,halia dan lengkuas
·      Rizom adalah lebih kurang seperti umbisi kerana mempunyai tunas
·      Rizom dan umbisi boleh ditanam walaupun tidak mempunyai tunas pada bahagian yang ditanam tetapi ia mungkin memakan masa yang lama ataupun tidak Berjaya melakukan pembiakan ini.
·         Cara penanaman:
                                                       i.            Potong bahagian rizom yang bertunas dimana sebiji rizom boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk dibiakkan menjadikan pokok yang baru
                                                     ii.            Letakkan terus diatas tanah atau medium dan tenggelamkan sedikit bahagian rizom disamping mata tunas tetap berada diatas

C.      BEBAWANG


·         Contoh bebawang ialah bawang merah, bawang putih dan pokok bakong (Spider Lily)
·         Cara nak mempercepatkan pertumbuhan jenis bebawang ini dengan menggunakan konsep kena tidurkan dulu.
·         Konsep kena tidurkan dulu:
Menjalankan konsep ini dua minggu sebelum hari pertumbuhan bunga pada tumbuhan.Tumbuhan contoh ialah Pokok Bakong ataupun Spider Lily dimana pokok ini perlu dikeringkan selama seminggu dan ditanam sebelum hari tumbuh bunga.
·         Cara penanaman hampir sama dengan rizom dan umbisi kerana dibahagikan kepada beberapa bahagian sebelum ditanam akan tetapi pemerhatian terhadap bebawang perlulah dititikberatkan. Contoh tumbuhan seperti bawang merah boleh dibahagikan mengikut kesesuaian dengan memastikan setiap bahagian bawang yang dipotong untuk ditanam mempunyai bahagian tunas bahagian tengah bawang dan bahagian akar di bahagian bawah bawang.Untuk bawang kecil lebih baik ditanam sebiji tanpa membahagikan atau selebih-lebihnya hanya memotong separuh sahaja.
·         Cara penanaman:
                                                        i.            Potong bebawang pada beberapa bahagian
                                                      ii.            Tanam terus kedalam medium dalam keadaan separuh bahagian berada didalam tanah

D.     STOLON



·         Stolon juga dikenali sebagai batang rayap dimana akarnya berada diatas tanah dan tumbuhan akan menjalar diatas tanah
·         Contoh tumbuhan: Pegaga, kangkung, strawberi dan rumput.

E.      RUMPUN





·         Contoh tumbuhan: serai, pandan dan bunga kantan.
·         Cara penanaman:
                                                        i.            Ambil bahagian rumpun yang hendak ditanam
                                                      ii.            Buang helaian daun pada rumpun yang telah diambil
                                                    iii.            Tanam kedalam tanah

Comments

Popular Posts