Laporan minggu 10

 PEMBERSIHAN LADANG UNTUK SEMINAR ASAS PERTANIAN.

DIJALANKAN PADA MINGGU KE-10.


 ASSALAMUALAIKUM dan SALAM UTM SANJUNGAN BANGSA,

        Pada minggu ke 10, kami tidak menjalani sesi pembelajaran seperti minggu sebelum ini. Kami diarahkan untuk membuat pembersihan di sekitar kawasan landskap, sekitar tempat belajar, kawasan rumah hijau dan juga kawasan yang lain. Tujuan pembersihan sekitar kawasan ladang UTM adalah bagi memastikan kelancaran satu program asas pertanian yang akan disertai oleh 30 orang peserta yang terdiri daripada golongan perempuan,golongan lelaki dan selebihnya kanak-kanak. 

        Sebelum menjalankan aktiviti pembersihan, kami berkumpul bersama-sama dan diberi taklimat tentang perjalanan program pada minggu hadapan dan juga taklimat tentang pembersihan kawasan ladang. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan tempat pembersihan masing-masing seprti memotong rumput, menyusun peralatan di stor , menyapu lantai dan sebagainya. 

       Setiap kumpulan diberikan alatan pembersihan masing-masing. Kumpulan 1 dan 2 akan bersihkan kawasan landskap dan memotong rumput. Manakala kumpulan 3 membersihkan kawasan belajar seperti menyapu lantai dan mencuci kerusi yang kotor dan kumpulan 4 di sekitar ladang. Sampah-sampah dikumpul dan dibakar di tempat pembakaran. 

       selepas itu ,kami berehat seketika dan dihidangkan dengan jamuan pisang goreng , keropok losong , beserta air minuman khas daripada pensyarah kami iaitu DR.HUSNA. Selang beberapa minit kami sambung balik tugasan dengan menceriakan tempat pembelajaran dan kawasan pondok-pondok yang kotor dan bersemak. 

       Selepas selesai pembersihan dilakukan, kami bergerak ke kawasan batas untuk tujuan merumput dan menyiram tanaman sayur-sayuran seperti kangkong ,timun , bayam, dan sawi jepun. Tamat sesi pembersihan pada jam 5 petang dan semua mahasiswa dan mahasiswi pulang ke kolej masing-masing.

Gambar hasil kerja sebelum seminar asas pertanian dijalankan:




Comments

Popular Posts