Pada minggu ini, kelas kami menganjurkan satu kursus asas pertanian dimana kursus ini melibatkan 30 peserta yang terdiri daripada masyarakat kampung di Pekan Nenas, Pontian, Johor. Kursus asas pertanian ini, memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kaedah penanaman nutripot dan cara pembuatan baja organik. Kami seramai 21 orang telah dibahagikan mengikut skop tugasan masing-masing.
|
Persediaan bahan-bahan untuk baja organik |
- Para peserta tiba di Ladang Unit Pertanian Jabatan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Fakulti Pendidikan iaitu ladang yang selalu kami gunakan untuk membuat amali seawal 8.30 pagi. Mereka datang ke Universiti Teknologi Malaysia(UTM) dengan menaiki bas mini.
|
Ketibaan para peserta di lokasi kursus
|
- Setelah itu para peserta membuat pendaftaran kursus bersama urusetia bagi menyemak nama dan kedatangan mereka serta untuk penyediaan sijil penyertaan.
|
Para peserta berbaris di hadapan pejabat,membuat pendaftaran diri dengan menyemak nama dan kad pengenalan
serta menerima tentatif dan nota ringkas atau modul yang akan mereka pelajari |
- Setelah membuat pendaftaran, para peserta bergerak ke kelas kerana kursus akan dimulakan.
|
Ucapan kata alu-aluan oleh Rosneyna selaku pengerusi majlis |
|
Bacaan doa yang diketuai oleh Hafiz |
|
Dr Husna memberi penerangan ringkas tentang kursus asas pertanian |
|
Puan Salina memberi sedikit ucapan dan kata alu-aluan |
- Sesi pertama dimulakan dengan kaedah membuat baja organik yang diajar oleh Khairuddin
|
Proses membuat baja menggunakan telur sebagai bahan organik |
- Selepas selesai sesi pertama, tetamu semua dijemput menjamu hidangan sarapan pagi.
|
AJK Makanan menyediakan makanan untuk dimakan |
|
Para peserta menjamu selera |
- Setelah selesai sarapan pagi, kursus asas pertanian ini diteruskan lagi dengan sesi kedua iaitu penanaman secara nutripot yang disampaikan oleh Wan Muhammad Ali.
- Kemudian, setelah selesai kedua-dua sesi untuk asas pertanian ini ,para peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari dan diajar oleh Khai dan Ali .Tujuanya adalah untuk memberikan pengalaman kepada para peserta untuk membuat sendiri baja organik dan penanaman dengan menggunakan kaedah nutripot. Di dalam setiap kumpulon tersebut terdapat beberapa orang mahasiswa/i yang akan menjadi tenaga pengajar dan pemantau kepada para peserta.
- Sementara itu, beberapa mahasiswa ditugaskan untuk menyiapkan dan mengemas atur Restoran bunga lawang untuk jamuan makan tengahari.
|
Keadaan meja dalam Restoran Bunga Lawang yang telah siap disusun atur |
- Di ladang pula, para peserta meninjau sekeliling kawasan penanaman untuk melihat hasil tanaman pelajar.
- Majlis penutupan dimana semua peserta menerima sijil dan mengambil gambar kenang-kenangan
- Sebelum bersurai, para peserta dijemput ke Restoran Bunga Lawang untuk menikmati jamuan makan tengahari .
Comments
Post a Comment