MINGGU KE-13 (PROSES CANTUMAN BAJI)



Assalamualaikum dan Salam UTM Sanjungan Bangsa pada minggu ini kami nak berkongsi tentang proses cantuman baji.Hal ini  dimana proses ini merupakan  amali kami yang terakhir untuk kursus SPPL1212 yang dipelajari bagi semester ini.

Pengenalan:
-Cantuman baji merupakan proses untuk mencantum 2 bahagian pokok yang masih hidup dengan cara/ kaedah yang membolehkan bahagian-bahagian itu bersatu dan akhirnya berfungsi sebagai satu pokok.

Peralatan yang diperlukan:

1.   Pisau lipat

Image result for pisau lipat kecil
2.    Parafilm

Image result for parafilm
3.    Plastik.

Image result for PLASTIK

4.    Tali rafia
Related image


 Prosedur:

1.    Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
2.    Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses transpirasi yang tinggi.
3.    Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm/10mm panjang.
4.    pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti baji
5.    sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti.
6.    Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm
7.    Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.

c    contoh gambar bagi prosedur di atas ialah :

   
Kesimpulan:

Pembiakan tampang secara cantuman baji dapat menghasilkan pokok yang seragam dan sama ciri-cirinya dengan pokok induk. Pembiakan tampang juga kadang-kadang lebih murah dan ekonomik jika dibandingkan dengan cara pembiakan biji benih. Selain itu pembiakan tampang dapat menahan pokok dari serangan setengah penyakit yang biasa menyerang pokok/anak benih.


semoga bermanfaat untuk kalian yang melayari blog kami.
#petanimodenutm
#sppl1212



Comments