Minggu 12 pembentangan dan penanaman semula jagung

Asalammulaikum w.b.t buat para pembaca.....

Pada hari ni saya ingin berkongsi apa yang berlaku di kawasan pembelajaran kami dan apa yang kami lakukan.

Jadi pada minggu ini,kami melakukan pembentangan menggunakan model 3D Alat Bantuan Mengajar (ABM). Pembentangan di ladang diteruskan lagi dengan kumpulan yang masih belum melakukan pembentangan pada kelas teori,tajuk yang dibentangkan  antaranya tut udara, keratan daun, dan juga cantuman sanding daripada 3 kumpulan. ABM bertujuan untuk melatih kami sekiranya tiada bantuan internet,atau mengajar dengan pelbagai cara agar pelajar tidak bosan didalam kelas. Maka daripada ini terhasilah pelbagai bentuk model 3D ABM. Pembentangan ini dilakukan dengan sangat seronok dan berjaya.

ABM Ahli Kumpulan Kami Bersama Pensyarah Dr Husna


PENANAMAN JAGUNG

Kami melakukan penanaman semula pada jagung sebelum itu kami telah beberapa kali menanam jagung namun terdapat beberapa masalah yang kami hadapi, antaranya ialah biji benih dimakan burung, bijih benih digangu oleh serangga seperti semut,ini membuat kan penanaman jagung kami gagal beberapa kali. Namun begitu kami berjaya mengatasi nya dengan baik dan mencuba menanam nya semula.

Jagung merupakan salah satu tanaman yang terkenal di negara kita dan ia sangat digemari oleh rakyat kita. 6 pokok jagung boleh membekalkan 8 hingga 9 buah jagung . ini kerana sepokok jagung akan mengeluarkan satu atau dua tongkol jagung.

Kaedah menanam jagung

Kami memilih menanam jagung di atas batas,selain itu ia juga boleh ditanam di dalam pasu. Jenis jagung yang kami tanam ada lah jagung madu atau dipanggil jagung manis.Bijih benih yang kami peroleh sudah diletakkan bahan mengelakan serangan daripada kulat.

Pemilihan kawasan menanam
1) Kawasan perlu terkena sinaran matahari melebihi 6 jam 
2)Hampir dengan sumber air
3)Elakkan menanam pada jenis tanah liat dan berbatu (namun jika terpaksa,tanah harus digaul         dengan  kompos ditambah dengan peat moss, kompos ,peat moss dan topsoil akan membantu       memperbaiki struktur tanah dengan penudaran dan saliran air yang baik.
Penyedian Tanah Dan Pembajakan Jika Perlu

Tanah perlu digambur dahulu sehingga lerai, mengikut kesesuai tanah pada batas. kami meletakan baja kemia dan mengembur tanah bersama baja kimia bagi mendapat keputusan yang lebih baik. 

Semain Dan Menanam Benih Jagung

Benih jagung boleh ditanam terus pada tanah. seelok nya tidak perlu disemai dan alihkan ke tempat baharu . Ini kerana apabila anak pokok jagung dialihkan ia memperlambatkan pertumbuhanya dan menambah kerja yang mudah kepada yang rumit. Kami menanam benih jagung 2 biji selubang pada jarak antara 40 cm atau mengikut kesesuai. Selepas itu kami timbus dan siram dengan air dengan secukupnya.

Pembajaan dan Penjagaan 

Terdapat dua cara pembajaan iaitu pembajaan secara organik dan pembajaan secara komersil. Pembajaan secara organik dimulai pada minggu kedua selepas anak pokok  benih tumbuh (kira-kira dua hingga tiga daun) setiap selang dua minggu bubuh baja pada sekeliling pokok, cara ini digunakan pada mereka yang mahukan jagung tumbuh secara organik.

Cara kedua pula ialah menggunakan baja NPK blue special kami menggunakan baja NPK dengan sebati kan ia ketika membajak,kemudian kami letak sedikit di keliling pokok setia 1 bulan. Namun ia perlu dilakukan dengan behati hati agar tidak terkena pada batang pokok kerana ia akan terbakar dan mati .letak kan baja tersebut jauh pada batang pokok.

Bagi penjagaan pula rumput yang tumbuh pada batas wajib dibuang ini bagi mengelakkan persaingan rumput dan jagung bagi mendapat kan makanan, kami menggunakan plastik silver shine bagi membantut kan pertumbuhan rumput dan hasilnya sangat berkesan,rumput tidak tumbuh pada tempat yang di letakkan plastik silver shine. Jagung juga memerlukan air yang kerap, oleh itu ia perlu disiram dua kali sehari,dan tidak perlu ketika hujan.

Jagung juga akan diserang makhluk perosak semasa anak pokok dan musim mulai berbuah. Selalunya daun anak pokok akan dimakan oleh belalang,siput,dan lintah,semut,dan ulat pengorak buah akan mengangu percambahan bijih benih oleh itu racun perlu disembur di kawasan tanaman pokok namun jaganterkena pada pokok.

Penuaian Hasil Jagung

Selalunya buah jagung matang kira-kira 68 hingga 72 hari selepas ditanam,namun begitu kami telah memulakan tanaman semula jagung agak lewat selepas beberapa kegagalan tanaman jagung kami. namun begitu masalah ini dapat diatasi dengan berjaya dan berkesan.

















Comments