Laporan Minggu 1

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini,kami telah datang ke ladang dengan cukup awal iaitu seawal 1.45 PM, walhal kelas bermula pada pukul 2.Mungkin kerana semangat yang tinggi di minggu pertama pada hari pertama kelas tersebut. Setelah sampai di ladang,kami dikumpulkan untuk diberikan maklumat serba sedikit mengenai course outline kami sepanjang satu semester mengenai subjek yang kami ambil iaitu SPPL1212 Propagation And Plant Management. Taklimat diberikan oleh Puan Salina dan tidak diambil ringan juga mengenai peraturan ladang yang turut ditaklimatkan oleh Puan Salina. 


 Selepas itu kami semua diserahkan kepada Encik Faris iaitu pembantu ladang untuk penerangan mengenai penggunaan ladang dan kerja-kerja yang kami perlu buat untuk projek penanaman sayur.



Kami diberikan satu kawasan yang masih tidak dibersihkan untuk membuat batas-batas untuk menanam sayur.Kami diagihkan kepada beberapa tugasan pada minggu pertama ini.Antara tugasannya ialah memotong papan untuk membuat batas,membersihkan kawasan dan mengukur kawasan batas.

PEMOTONGAN PAPAN UNTUK MEMBUAT BATAS
BERSAIZ 5x12 KAKI



KERJA-KERJA PEMBERSIHAN KAWASAN BATAS


PENGUKURAN YANG DIBUAT DIKAWASAN BATAS




Setelah selesai tugasan tersebut,kami membahagikan batas-batas kami berdasarkan ukuran yang diberi iaitu 5 kaki(Lebar),12 kaki (Panjang) dan jarak antara batas ialah 2 kaki.






Seterusnya,kami diberikan taklimat mengenai cara menggunakan Mesin penggembur oleh Cik Abang.













SEKIAN LAPORAN UNTUK MINGGU PERTAMA 

Comments

Popular Posts