Laporan Minggu Ke-4 Penghasilan Racun Organik
Minggu Ke-4 Penghasilan Racun
Organik
Assalamualaikum,salam 1malaysia dan
salam utm sanjungan bangsa.Pada minggu ke-4 kumpulan kami dapat mengetahui
sedikit sebanyak tentang cara-cara untuk menghasilkan racun organik daripada
Puan Salinan dan Dr.Husna.Racun organic ialah bahan atau sebatian bertujuan
untuk mengawal,mencegah,memusnah dan mengurangkan populasi makhluk
perosak.Contoh serangga perosak ialah semut,kumbang,anai-anai dan
sebagainya.Tambahan pula,pathogen tumbuhan,rumpai dan rumput menyebabkan tanaman
sayur-sayuran berpenyakit,mati dan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari
dan air.
Mahkluk perosak ini agak mudah dibendung
apabila tindakan awal dilakukan seperti pengunaan racun organic.Oleh itu,kami
akan menunjukkan beberapa kaedah penyediaan racun organic tanpa mengeluarkan
modal yang besar.Dengan kata lain,racun ini super jimat dan mesra alam.
BAHAN-BAHAN:
1)Bawang Putih-hanya satu labu saja
diperlukan
2)cili padi-enam biji diperlukan
untuk memastikan racun ini mempunyai bau yang kuat
3)cecair pencuci pinggan@serbuk
pencuci pakaian-satu sudu makan sudah mencukupi
4)air-memerlukan 300ml
Gambar 1(cecair pencuci,serbuk pakaian)
Gambar 2(menyusun bahan untuk pembuatan racun organik)
Proses pembuatan racun organic(mesra
alam)
1)kisar bawang putih,cili padi dan
masukkan air kemudian blender…
2)selepas siap belender masukkan ke
dalam botol kaca dan perapkan selama 24 jam.
3)selepas perap,tapiskan dan
masukkan kembali bahan-bahan yang diperap ke dalam botol kaca
Proses pertama proses kedua
mengupas kulit bawang putih dan memotong cili padi |
memasukkan bawang dan cili padi dalam blender |
PERINGATAN !!!
Jangan simpan
racun ini dalam botol plastic untuk elakkan botol plastic tehakis..
Cara
penggunaan:
1)campurkan
racun yang telah dihasilkan dengan air dan 1 sudu cecair @ serbuk pencuci-setiap 100ml racun perlu
ditambah dengan 1.5 liter air.
2)kacau dan
masukkan ke dalam botol spray dengan jumlah isipadu racun yang sederhana
3)akhir
sekali,baru spray dekat tanaman kita..
Proses
penapaian baja organic!
Sekian sahaja
dari kami,
Amirul<.>
Khai^-^
Hafiz
Good expose . Thanks
ReplyDeleteyou're welcome
Delete