LAPORAN MINGGU 2

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini,kami diterangkan mengenai semaian yang disampaikan oleh Puan Salina. Antara isi-isi dalam penerangan tersebut ialah:

1)      Ada dua kaedah semaian iaitu menabur terus diatas batas dan membuat penyemaian di dalam bekas semaian terlebih dahulu.Jika batas atau tempat menanam sayur berada di kawasan lapang sewajarnya kita membuat semaian terlebih dahulu bagi mengelakkan biji benih dimakan binatang-binatang seperti burung.Manakal untuk kaedah tabor terus boleh dilakukan jika kawasan penanaman berada dalam Rumah Hijau.

2)      Semaian perlu dibuat dalam bekas yang berlubang,lebih baik lagi menggunakan tray semaian kerana telah mempunyai lubang.Boleh juga menggunakan apa-apa bekas tapi perlulah dilubangkan terlebih dahulu.

3)      Medium semaian yang digunakan dalam projek ini ialah peat moss. Kita boleh gunakan tanah atau pasir untuk medium semaian tetapi ia akan menyukarkan kita dalam proses pemindahan semaian ke batas.



4)      Buat lubang-lubang kecil disetiap lubang bekas semaian yang berisi medium semaian untuk proses menanam biji benih atau cara yang lebih mudah tabur biji benih di setiap lubang kemudian taburkan pula medium semaian di atas biji benih untuk menutupi biji benih tersebut.

5)      Jika hendak menyemai biji benih sawi atau bayam,campurkan dengan pasir dengan nisbah 1:5 kerana biji benihnya halus.Dengan cara ini kita boleh mengelakkan biji benih tumbuh terlampau rapat dan memudahkan kerja kita semasa menyemai dan memindahkan semaian.Lagi halus biji benih,lagi banyak nisbah pasir yang kita gunakan.Manakala,biji benih kangkung boleh disemai seperti biasa tanpa campur dengan pasir kerana biji benihnya yang besar.



6)      Bagi penyiraman pula,jangan menyiram menggunakan air pancut,ia akan menyebabkan kedudukan biji benih lari dari kedudukan asal. Lebih baik menggunakan penyembur air kerana kita hanya mahukan mengekalkan kelembapan medium semaian. Jangan beri air yang yang terlampau banyak sehingga bertakung didalam bekas semaian,ia akan merosakkan biji benih dan menjadikan biji benih busuk. Penyiraman perlu dilakukan pagi dan petang.

7)      Semaian yang telah siap perlulah diletakkan di kawasan redup dan jangan didedahkan kepada cahaya matahari secara terus.


8)      Istilah dalam biji benih:
·         Mahu cambahkan biji benih
·         Tidak mahu cambahkan biji benih
·         Mahu cepatkan percambahan biji benih


9)      Jenis Biji Benih:
·         Keras: Perlu direndam dahulu sehingga pecah kemudian baru disemai. Contoh biji benih ialah biji saga,biji getah dan biji jagung.
·         Lembut: Biasanya bji benih sayur hijau


10)  Semaian tidak boleh terus ditanam di bekas semaian kerana ia akan terus meninggi dan bukan membesar.Semasa proses pemindahan semaian,kita perlulah mengeluarkan semaian menggunakan sudu dengan berhati-hati agar akar semaian tidak putus.

TIPS TAMBAHAN:
·         Biji benih yang telah dibuka plastiknya perlulah disemai.Jika tidak mahu disemai,lipat atau ikat dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.

·         Tumbuhan juga adalah makhluk hidup,oleh itu semasa melakukan apa jua proses penanaman, rajin-rajinlah berbual benda-benda baik dengan pokok agar pokok dapat membesar dengan segar.





Comments

  1. Lucky 88 Casino Review - 2021 Updated!
    Lucky 88 is the place 안양 출장안마 to play video slot games, casino games, and mobile gaming. 양산 출장샵 With hundreds of 구리 출장마사지 slot 전라남도 출장안마 machines, there are plenty of ways 춘천 출장안마 to win.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts