LAPORAN MINGGU KE 3

Asalammulaikum w.b.t,selamat sejahtera,salam satu Malaysia. Pada minggu ketiga bertarikh 27/9/2017 kami perlu membuat beberapa tugasan antara nya ialah membuat baja organik, memindah kan bijih benih yang telah disemai ke atas batas dan melakukan kemasan ke atas batas.
Jadi untuk permulaan kami akan tunjuk kan serba sedikit cara membuat baja organik,kelebihan dan perbezaan baja organic dan baja kimia.

Baja organik
·        
      Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrient penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Contoh baja organik yang dihasilkan oleh manusia

  •          Kompos
  • ·       Pati pati buah buahan yang terbuang
  • ·       Pati pati bangkai ikan atau serbuk ikan



     











(Ini adalah contoh baja kompos)

Terdapat banyak lagi jenis baja organik yang dihasilakan manusia di dunia ini semua bergantung kepada kos, dan keperluan.



Seterusnya kami akan menunjuk kan cara kami membuat baja organic menggunakan bangkai ikan atau lebih dekenali Fish Amino Asid (FAA).Jadi kami memilih bangkai ikan sebagai bahan utama untuk membuat baja organic kerana bangkai ikan mempunyai protei dan kandungan nitrogen yang tinggi yang bagus untuk tumbuhan. Baja ini jugak tahan lama jika disimpan dengan elok. Selain itu baja FAA ini jugak mudah diserap oleh akar dan liang daun semasa peringkat pertumbuhan. Bahan-bahan yang perlu ada ialah bangkai ikan,bekas kaca atau bekas plastic(kain yang digunakan untuk menutup bekas ) dan gula merah. Gula merah berfungsi untuk mengeluar kan khasiat khasiat yang terdapat pada ikan dan menyebab kan baja FAA tahan lebih lama.
























(IKAN,ISI PERUT IKAN DAN INSANG YANG DIGUNAKAN)














(GULA MERAH)



Langkah yang pertama untuk membuat baja organic FAA ni ada lah dgn mencincang ikan,isi perut ,insang tadi dengan selumat yang boleh,jika anda malas untuk cincang guna tangan anda boleh jugak menggunakan blander.



















(PROSES MENGHANCUR KAN ISI PERUT IKAN,KEPALA IKAN DAN SEBAGAI NYA MENGGUNAKAN PISAU)


















(SELEPAS MENGHANCURKAN KAN IKAN APA YANG PERLU DIBUAT IALAH CAMPUR KAN IKAN YANG TELAH DICINCANG DENGAN GULA MERAH. SUKATAN DIA IALAH SATU SENDUK IKAN BERSAMAAN SATU SENDUK GULA MERAH 1:1)



(INI ADALAH HASIL NYA BAJA ORGANIK YANG TELAH SIAP )

















(SELEPAS BAJA ORGANIK TELAH SIAP BEKAS TERSEBUT PERLU DITUTUP DENGAN BEKAS KEDAP UDARA)





















(INI ADALAH TEMPAT PENYIMPANAN BAJA ORGANIK KAMI,KAMI BIAR KAN BAJA ORGANIK TERPERAP SELAMA 2 MINGGU LEBIH ATAU 20 HARI)

PERBEZAAN BAJA ORGANIK DAN KIMIA

KELEBIHAN

BAJA ORGANIK
BAJA KIMIA
BERSIFAT SEMULA JADI
KOS LEBIH MURAH
TIDAK MENINGGALKAN KESAN YANG BURUK PADA TANAMAN DAN EKOSISTEM TANAH JUGAK AIR
KESANNYA TERHADAP POKOK LEBIH CEPATBERBANDING BAJA ORGANIK
MEMPUNYAI FUNGSI YANG BANYAK SEBAGAI AGEN PENYEBUR TANAH DAN PEMBAJAAN
TIDAK BERBAU DAN LEBIH MUDAH UNTUK DIKENDALIKAN


KELEMAHAN

BAJA ORGANIK
BAJA KIMIA
KOS YANG AGAK TINGGI
MENGURANGKAN TAHAP KESUBURAN TANAH
KESANNYA YANG AGAK PERLAHAN
PENINGKATAN KEMATIAN HIDUPAN AKUATIK (JIKA KAWASAN TANAMAN BERDEKATAN SUMBER AIR SEPERTI SUNGAI)
PENGAGIHAN NUTRIENT KE DALAM TANAH TIDAK SEKATA
BAJA KIMIA BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN HIDUPAN YANG BAIK UNTUK TANAMAN DI BAWAH TANAH



CARA PENGGUNAAN BAGI BAJA ORGANIK

Ambil pati baja organic yang telah dibuat sebanyak 2ml dan campur kan bersama air sebanyak 1 liter air.selepas itu baja organic yang telah dicampur dengan air disembur kan kepada tanaman. Lakukan di awal pagi atau lewat petang untuk hasil yang lebih baik.



KEMASAN BATAS

Selepas kami selesai membuat baja organic kami perlu melakukan kemasan terhadap batas yang telah kami buat. Jadi apa yang perlu di buat ada lah meratakan batas,tanah tanah yang tidak sekata perlu diratakan agar tiada air yang bertakung nanti. Rumpai-rumpai jugak perlu dibuang agar tidak mengangu proses tanaman nanti. Rumput yang telah mati, dan batu batu yang terdapat di sekitar batas perlu dibuang supaya tidak mengangu proses tanaman.



(INI ADALAH SALAH SATU PROSES MERATAKAN BATAS, KAMI MENGGUNAKAN CANGKUL UNTUK MERATAKAN BATAS,KEMUDIA BATU BATU YANG TERDAPAT DI BATAS DI BUANG)





MEMINDAH KAN BIJIH BENIH YANG TELAH DISEMAI DI ATAS BATAS


Mengapa perlunya kita memindah kan bijih benih yang telah disemai di atas batas kerana jika bijih binih lambat dipindahkan ia akan menyebabkan tanaman akan mati disebab kan kekurangan nutrient. Terdapat beberapa tips atau cara sebelum kita memindahkan binih binih yang disemai tadi kepada batas.



TIPS


MEMASTIKAN DAUN SEBENAR MUNCUL

Apabila daun sebenar muncul itu menandakan bijih binih yang disemai tadi sesuai utk dipindahkan. Kebiasaannya apabila pokok telah tumbuh dua hingga empat daun itu merupakan daun yang sebenar,proses ini memakan masa kebiasaannya dua hingga tiga minggu. Pertumbuhan daun ini sebenarnya menandakan anak pokok sudah mempunyai akar yang kuat untuk mencari makanan sendiri.


PERLU DISERAM SEJAM SEBELUM MEMINDAHKAN ANAK POKOK

Kenapa kita perlu menyiram anak pokok sejam sebelum memindahkan anak pokok? Ini semua ada lah untuk memastikan proses penyerapan air berlangsung semasa proses pemindahan berlaku.


LETAK DI TEMPAT YANG REDUP (SUKUPAN)

Anak pokok yang hendak dipindahkan merupakan seperti bayi yang sengat manja,ia tidak boleh diletakan dibawah terik matahari,ini kerana terik matahari mampu membuatkan anak pokok mudah layu. Oleh itu kita perlu pastikan anak pokok berada di tempat yang redup semasa memindahkan anak pokok di atas batas, jika tempat batas  tersebut tidak redup apa yang kita perlu buat ada lah dengan meletakan sukupan.


BAJA

Anak pokok memerlukan baja untuk tumbesaran yang sihat dan kuat. Apa bila kita memindahkan anak pokok di atas batas kita perlu meletakaan baja organic atau baja NPK.


KELEMBAPAN

Sila pastikan selepas kita memindahkan anak pokok ditempat baru kita harus menyiram anak pokok tersebut kita tidak mahu anak pokok tersebut kering dan kehausan selepas terkejut selepas dipindahkan ditempat baru.




















(INI ADALAH SALAH SATU PROSES KETIKA MEMINDAH KAN ANAK BENIH,PERLU DILAKUKAN DENGAN BERHATI HATI DAN AKAR YANG DIAMBIL PERLU DIPASTIKAN TIDAK PUTUS)



(INI ADA LAH KETIKA PROSES MELAKUKAN SUKUPAN BAGI MENGELAK KAN ANAK POKOK TERKENA TERIK CAHAYA MATAHARI, KAIN WARNA HITAM ITU ADALAH SUKUPAN)






Comments

Popular Posts